Saturday, January 29, 2011

Awan Cinta

Ku sulamkan rasa di dalam coretan usang..
Menjadi saksi termetrinya suatu luka..
Suatu luka di mana hati ini menjadi kering..
Dilupakan oleh semalam dan esok yang mendatang..
Dirimu kini bebas terbang..
Di langit cinta Ilahi menikmati segalanya..
Bersama temanmu yakni bukan lagi diriku..
Yang pernah bersamamu di langit itu..
Aku hanya memerhati lagakmu..
Yang bahagia bebas bersama yang baru..
Senyuman dan tawamu menjadi ubat rinduku..
Yang tidak bersamamu lagi..
Sayapku yang patah ini menjadi saksi..
Segala pengorbananku kepadamu..
Semua yang telah aku lakukan demimu..
Tidak lagi bermakna buatmu..
Berbahagialah dikau bersama temanmu..
Daku akan sentiasa berada dibawahmu..
Memerhatikanmu dari jauh..
Menjagamu dari jauh..
Namun jika kau terjatuh dari langit cinta..
Kerana alpa dan leka dek cinta..
Aku akan menyambutmu dengan sayap patah ini..
Kerana aku masih memerlukan dirimu..
Ingatlah wahai insan yang pernah hadir..
Dirimu sentiasa mekar di ingatan..
Hati ini sentiasa milikmu..
Pulanglah bila-bila saja engkau mahu..
Kerana hati ini terbuka hanya untukmu..

No comments:

Post a Comment